Saturday, June 30, 2012

ISL MINGGU 1 : KONSEP PENTAKSIRAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN

PENTAKSIRAN

Konsep :

satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan.
Maklumat meliputi hal-hal berkaitan topik, bukti dan prestasi.
Penghakiman melibatkan hal-hal seperti :
pertimbangan dan pencapaian aspek pendidikan,
Produk melibatkan :
pengetahuan, kemahiran dan nilai
Proses pendidikan melibatkan :
             - operasi, dapatan dan hasil.

Aspek-aspek utama dalam pentaksiran ialah:-
i. Instrumen
ii. Kumpulan yang ditaksir
iii. Respon
iv. Kumpulan yang menaksir
v. Skor

 PENGUJIAN
Konsep :
Merupakan satu kaedah dalam pengukuran dan dijalankan dengan cara yang sistematik.
Ia juga satu cara bagi mengukur tingkah laku seseorang individu.
Ia dilaksanakan dalam tiga peringkat iaitu, sebelum, semasa dan selepas sesuatu pengajaran
Ujian boleh diberikan sebelum sesuatu pengajaran berlaku dengan tujuan untuk mengumpul maklumat. Ujian itu dikenali sebagai ujian pra atau pretest.
Semasa pengajaran dan pembelajaran berlaku ujian diberikan sama ada secara lisan atau bertulis. Ujian ini bagi mengetahui kemajuan yang dicapai oleh pelajar-pelajar dan pemahaman mereka terhadap P&P guru.
 PENILAIAN
 Konsep : 
satu proses untuk memperolehi maklumat kuantitatif. 
Ia adalah satu proses bagi guru untuk menentukan perubahan tingkah laku dan membuat pertimbangan menilai. 
Proses menilai dapat memberi maklumat tentang pencapaian objektif pelajaran, kaedah mengajar seorang guru dan keberkesanan sesebuah kurikulum. 
Pentafsiran penilaian berdasarkan data kuantitatif dan penghuraian kualitatif.
Boleh dijalankan sebelum, semasa atau selepas satu sesi pengajaran guru dan berdasarkan sesuatu pembelajaran spesifik atau kepada keseluruhan kurikulum.