PENTAKSIRAN
Konsep :
• satu proses mendapatkan
maklumat dan seterusnya membuat
penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan.
• Maklumat meliputi hal-hal berkaitan topik, bukti dan
prestasi.
• Penghakiman melibatkan
hal-hal seperti :
–pertimbangan
dan pencapaian aspek pendidikan,
• Produk melibatkan :
– pengetahuan, kemahiran
dan nilai
• Proses pendidikan melibatkan :
- operasi,
dapatan dan hasil.
• Aspek-aspek utama dalam pentaksiran ialah:-
i. Instrumen
ii. Kumpulan yang ditaksir
iii. Respon
iv. Kumpulan yang menaksir
v. Skor
PENGUJIAN
Konsep :
• Merupakan satu kaedah dalam
pengukuran dan dijalankan dengan cara yang sistematik.
• Ia juga satu cara bagi
mengukur tingkah laku seseorang individu.
• Ia dilaksanakan dalam tiga
peringkat iaitu, sebelum, semasa dan selepas sesuatu pengajaran
• Ujian boleh diberikan sebelum
sesuatu pengajaran berlaku dengan tujuan untuk mengumpul maklumat. Ujian itu dikenali sebagai ujian pra
atau pretest.
• Semasa pengajaran dan pembelajaran berlaku ujian diberikan sama ada secara lisan atau bertulis.
Ujian ini bagi mengetahui kemajuan yang dicapai oleh pelajar-pelajar dan pemahaman mereka terhadap P&P
guru.
PENILAIAN
Konsep :
• satu proses untuk
memperolehi maklumat kuantitatif.
• Ia adalah satu proses bagi guru
untuk menentukan perubahan tingkah laku dan membuat pertimbangan menilai.
• Proses menilai dapat
memberi maklumat tentang pencapaian objektif
pelajaran, kaedah mengajar seorang guru dan keberkesanan sesebuah kurikulum.
• Pentafsiran penilaian
berdasarkan data
kuantitatif dan
penghuraian kualitatif.
• Boleh dijalankan
sebelum, semasa atau selepas satu sesi pengajaran guru dan berdasarkan
sesuatu pembelajaran spesifik
atau kepada keseluruhan kurikulum.
No comments:
Post a Comment