Wednesday, October 3, 2012

ISL MINGGU 2 : TAKSONOMI BLOOM DAN DOMAIN KARTHWOHL

Taksonomi Bloom.
Rajah 1 : Peringkat-peringkat taksonomi Bloom     









 





Rajah 1 merupakan peringkat-peringkat yang terdapat dalam taksonomi Bloom yang diperkenalkan oleh Benjamin Bloom pada tahun 1956. Domain kognitif taksonomi Bloom digunakan dalam elemen pentaksiran dan menentukan aras kesukaran seseuatu ujian yang ditadbir. Terdapat enam peringkat dalam taksonomi Bloom iaitu peringkat pengetahuan, peringkat kefahaman, peringkat aplikasi, peringkat analisis, peringkat sintesis dan peringkat penilaian.
 
Peringkat 1 : Pengetahuan.

  • Proses mengingat ditekankan. 
  • Soalan pada aras ini mengkehendaki pelajar mengingat kembali atau mengenal fakta , istilah, strategi menyelesaikan masalah.
  • Kosa kata yang sering digunakan dalam pembentukan soalan adalah seperti labelkan, senaraikan, nyatakan, manakah, apakah dan berikan. 

Peringkat 2 : Kefahaman.

  • Peringkat kefahaman menguji kebolehan pelajar untuk memahami apa yang telah dipelajari dan menjelaskan atau memberikan makna kepada sesuatu perkara.
  • Soalan pada aras ini, pelajar dikehendaki untuk menyatakan idea-idea utama dalam ayat sendiri, menterjemah dan memberi contoh kepada konsep.
  • Soalan pada peringkat ini banyak menggunakan perkataan seperti terangkan, jelaskan, huraikan, bandingkan dan tukarkan.

Peringkat 3 : Aplikasi.

  • Soalan peringkat  aplikasi memerlukan pelajar untuk menggunakan apa yang dipelajari kepada masalah atau situasi yang baharu.
  • Memerlukan kemahiran menghubungkait sesuatu situasi dengan situasi yang lain semasa menjawab soalan pada aras aplikasi.
  • Kosa kata yang sering digunakan untuk membina soalan pada aras aplikasi ialah selesaikan,  binakan, demonstrasikan, bagaimana dan berikan.

 Peringkat 4 : Analisis.

  • Soalan pada peringkat analisis memerlukan pelajar mengenalpasti pertalian antara idea, mencari persamaan atau perbezaan yang wujud.
  • Soalan pada aras ini menguji kebolehan pelajar untuk memecahkan sesuatu perkara kepada bahagian-bahagian dan mengenalpasti tentang hubungkait antara bahagian-bahagian berkenaan
  • Kata kerja yang digunakan untuk membina soalan pada aras analisis adalah seperti bandingkan, beri sebab, klasifikasikan, tunjukkan dan bahagikan.

Peringkat 5 : Sintesis.

  • Soalan pada peringkat sintesis menekankan pengumpulan unsur-unsur dan bahagian-bahagian tertentu supaya ia dapat menunjukkan satu poal atau struktur yang jelas dan nyata.
  • Soalan pada peringkat ini memerlukan pelajar mengumpul atau menyatukan maklumat, pengetahuan dan kebolehan daripada bahagian-bahagian yang dipelajari untuk membentuk sesuatu yang baru dan asli. 
  • Kosa kata yang popular digunakan dalam soalan ini adalah seperti kategorikan, susunkan, bentukkan, tuliskan semula dan rekabentukan.

Peringkat 6 : Penilaian.

  • Soalan pada aras ini memerlukan pelajar untk membuat pertimbangan termasuk memberi rasional atas alasan dalaman atau luaran, manafsir dan mengkritik.
  • Perkataan yang digunakan untuk membina soalan pada aras ini ialah bincangkan, nilaikan, beri pendapat, pertimbangkan dan justifikasikan.

Domain Karthwohl.

Domain Krathwohl termasuk di dalam domain afektif yang meliputi emosi, sikap, dan nilai murid. Pengasas bagi taksonomi ini adalah David R. Krathwohl.

 
 
Aras taksonomi Krathwohl.

1. Penerimaan
Berhubung dengan kemahuan pelajar untuk memberi perhatian. Tindakan pelajar mencerminkan satu kesedaran atau perhatian terhadap ransangan dan peristiwa atau persekitaran yang berhubung dengan domain afektif. Konteks pengajaran menekankan kepada kebolehan mendengar, menanyakan soalan, mengenal bahagian-bahagian ayat dan menjawab dengan lengkap.

2. Gerak balas
Membawa maksud membentuk sesuatu sistem nilai. Apabila lebih daripada satu nilai dinuranikan maka membolehkan beberapa nilai digunakan. Pelajar terpaksa membina beberapa hubungan dan keutamaan di antara nilai-nilainya.

3. Menilai
Pada peringkat ini perlakuan adalah didasarkan atas konsep dan prinsip yang telah dinuranikan sehingga menjadi kepercayaan. Perlakuan cenderung menjadi konsisten walaupun dalam keadaan yang berbeza jika kepercayaan itu boleh dipratikkan.

4. Organisasi
Membawa maksud membentuk sesuatu sistem nilai. Apabila lebih daripada satu nilai dinuranikan maka membolehkan beberapa nilai digunakan. Pelajar terpaksa membina beberapa hubungan dan keutamaan di antara nilai-nilainya.

5. Perwatakan
Bermaksud seseorang itu mematuhi sesuatu sistem nilai dan sanggup mengamalkannya sebagai satu cara hidup. Pada peringkat ini, seseorang itu akan memperlihatkan perwatakan berlandaskan kepada nilai tertentu, misalnya dapat membuat keputusan mengikut keadaan, tanpa berasaskan perasaan atau sogokan dan sistemnilai tersendiri iaitu mempunyai prinsip hidup sendiri.


Sumber rujukan :


Bhasah Abu Bakar (2003). Asas Pengukuran Bilik Darjah. Perak : Quantum Books.

Tuan Jah Yusof dan Faridah Nazir (2012). Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
   

No comments:

Post a Comment