Monday, October 8, 2012

MINGGU 6 - MMINGGU 14

- Pelajar PISMP menjalani Praktikum fasa 2.

ISL 5 : UJIAN FORMATIF, UJIAN SUMATIF, UJIAN KEFASIHAN, KEMAJUAN, UJIAN BAKAT DAN UJIAN PENCAPAIAN

UJIAN FORMATIF

  • Ujian Formatif adalah bahan atau alat ujian yang dibina oleh guru untuk menguji sesuatu kemahiran atau subkemahiran bahasa yang diajar. 
  • Skop pengajaran dan pembelajaran ujian tersebut agak terhad dan tidak luas.
  • Tujuan utama guru menjalankan ujian formatif untuk memperbaiki lagi mutu proses pengajaran dan pembelajaran. 
  • Ujian Formatif dapat mengesan kelemahan dan pembelajaran murid secara serta-merta.
  • Ujian ini dijalankan dalam bentuk pemerhatian atau pun dalam satu siri ujian yang pendek.

UJIAN SUMATIF

  • Ujian sumatif ialah proses penilaian yang dijalankan secara menyeluruh pada akhir satu peringkat pembelajaran untuk menentukan tahap pembelajaran dalam kalangan murid.   
  • Skop pengajaran dan pembelajaran yang berbentuk Ujian Sumatif diasaskan dan dibina secara luas dan melibatkan kesemua kemahiran dan aspek bahasa.

UJIAN KEFASIHAN

 
  • Ujian Kefasihan pula bertujuan untuk menentukan setakat manakah seseorang telah mengetahui dan menguasai sesuatu bahasa secara keseluruhan.







  • Ujian kefasihan dinilai dari segi:
Ø  Pengucapan dan penyebutan dengan betul dan terang
Ø  Kadar kelajuan bacaan sesuai dengan bahan yang dibaca.
Ø  Intonasi dan nada yang betul
Ø  Pemilihan ungkapan yang betul
Ø  Mimic muka yang jelas sesuai untuk membayangkan sesuatu maksud dengan jelas
Ø  Pososo tubuh yang betul
Ø  Kedudukan buku yang betul
Ø  Perferakkan mata (mata pembaca yang lamah akan berhenti untuk menyerap perkataan)
Ø  Pembaca yang fasih boleh mengenalpasti struktur ayat dan mampu memecahkan ayat2 yang panjang menjadi bahagian2 kecil.
Ø  Perbuatan menunjuk ketika membaca boleh mengganggu kefasihan membaca.
 

UJIAN KEMAJUAN

  • Ujian Kemajuan merupakan ujian yang menentukan kemajuan murid dari semasa ke semasa di sepanjang pembelajaran mereka.
  • Berasaskan objektif pengajaran. Pembelajaran yang telah diikuti oleh pelajar.
  • Bertujuan mengukur dan menilai setakat mana pelajar-pelajar telah menguasai bahan atau perkara-perkara yang diajar tentang satu-satu tajuk tertentu.

UJIAN BAKAT

  • Ujian bakat bertujuan mengesan bakat seseorang dalam menguasai bahasa asing.
  • Kemahiran berbahasa yang diuji dalam ujian bakat, iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis, menjadi perkara utama dalam pendidikan bahasa.

UJIAN PENCAPAIAN
 
  • bertujuan untuk menentukan setakat manakah murid-murid telah menguasai kemahiran, bahan atau isi pelajaran yang telah dipelajari.
  • Ujian pencapaian yang juga disebut sebagai ujian sumatif adalah jenis ujian yang diberi setelah kursus tamat dan tujuannya ialah untuk menilai hasil pengajaran.
  • Soalan-soalan yang dikemukakan mestilah berkaitan dengan isi pelajaran yang telah diajar sahaja.
  • Boleh dijadikan pada akhir kursus ataupun setelah tamatnya sesuatu unit pembelajaran atau mengikut penggal atau semester pesekolahan.
  • Berbeza daripada ujian kemajuan.bersifat menyeluruh dan pencapaian lebih rasmi.
 Sumber rujukan : Modul Bahasa Melayu BMM 3103

ISL MINGGU 4 : SOALAN OBJEKTIF DAN SOALAN SUBJEKTIF

Terdapat dua jenis ujian iaitu ujian objektif dan ujian subjektif.

Ujian Objektif.
 

Item ujian jenis objektif ini memerlukan pelajar menulis atau memilih satu
jawapan yang betul atau yang paling baik. Antara item ujian ini termasuklah item jawapan pendek, item jenis padanan, item jenis aneka pilihan dan kloz.


Item Respons Bebas
  

   i. Jenis soalan:
      contoh:
   

       a) Apakah lawan bagi perkataan rajin? (malas)
       b) Apakah makna simpulan bahasa kaki ayam? (tidak memakai kasut)
 

   ii. Item Melengkapkan Penyataan
      contoh:
 

       a) Kita mesti _______bermain sekarang kerana hujan sudah turun.
       b) Saya terpaksa ________ adik saya kerana emak saya bekerja.
 


Item Respons Tetap (Item Objektif Jenis Pilihan)
Soalan jenis ini memerlukan pelajar memilih jawapan betul atau paling
tepat. Jawapan mungkin dipilih daripada dua atau lebih pilihan. Item-item itu
ialah format salah-betul, padanan, dan aneka pilihan.
 

    Item Salah - Betul
 

    Item ini dikenali sebagai Item Dua Pilihan iaitu item yang mengandungi
penyataan yang perlu ditandakan dengan dua pilihan sahaja iaitu: betul (B) atau salah (S). Ada ketika guru menggunakan setuju (S) atau tidak setuju (TS) pada penyataan atau ya (Y) atau tidak (T) pada soalan.

   Item Padanan
 

   Item Padanan atau Suaian biasanya mengandungi dua kumpulan
objek/ perkara yang berkaitan. Pelajar dikehendaki memilih jawapannya dengan memadankan objek/ perkara yang berkaitan di sebelah kiri dengan objek/ perkara di sebelah kanan.


   Item Aneka Pilihan
   Item aneka pilihan adalah daripada golongan item jawapan tetap kerana
diberikan tindak balas terbatas. Jenis item aneka pilihan adalah seperti yang
berikut.
a. Item aneka pilihan berbentuk soalan
b. Jenis jawapan terbaik
c. Analogi


   Item Jenis Cantuman
   Teknik Kloz

   Teknik menggunakan ujian kloz, sebagai alat bagi menguji kefahaman bacaan boleh digunakan untuk pelajar-pelajar sekolah rendah. Sungguhpun teknik kloz memerlukan prosedur tertentu dari segi pembinaan ujian, pentadbiran dan pemarkahan, ini semua tidak sukar dilakukan, dan sepatutnya boleh diuruskan oleh guru-guru Bahasa Melayu. Dalam ujian kloz pelajar diminta mengisi tempat kosong yang telah sengaja dikosongkan oleh guru/ penguji dalam sesuatu keratan bacaan. Pada mulanya, pelajar diminta melihat dan membaca keratan itu secara keseluruhannya. Kemudian, berasaskan kefahaman mereka ke atas teks itu keseluruhannya, mereka akan mencuba mengisi tempat yang dikosongkan dengan perkataan yang paling sesuai menurut makna keseluruhan teks.


Soalan Subjektif
Soalan jenis subjektif terbahagi kepada beberapa pecahan seperti berikut:-

  •  Item Jenis Struktur
  •  Item Jenis Esei
  •  Pembinaan Ujian
Sumber rujukan : Modul Bahasa Melayu BMM 3103

Sunday, October 7, 2012

ISL MINGGU 3 : JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)


Definisi / Konsep Jadual Spesifikasi Ujian ( JSU) :

  • Kandungan Ujian tentang topik-topik pelajaran.
  • Aras Kemahiran yang mengikut taksonomi objektif pendidikan.
  • Pemberatan (%) pada kandungan aras kemahiran berdasarkan lama masa mengajar dan kepentingan sesuatu kemahiran itu diajar.
  • Bentuk ujian sama ada berbentuk objektif, esei, amali, kertas kursus dan lain-lain.Bilangan item yang mengikut bentuk, kandungan dan aras kemahiran.
  • Kepayahan atau kesukaran item yang berada dalam lingkungan 20 % - 80%.

Kepentingan JSU :

  • Mengelakkan daripada membina ujian secara sembarangan.
  • Menjamin kesahan isi kandungan sesuatu ujian.
  • Menimbulkan rasa kepentingan topik-topik dan aras-aras kemahiran.
  • Menentukan perseimbangan antara topik-topik dengan aras-aras kemahiran
    yang diuji.
  • Memberikan panduan untuk membentuk format ujian.
Langkah-langkah Membina JSU

Langkah 1: Senaraikan tajuk-tajuk yang hendak diuji.

Langkah II: Tentukan soalan yang akan dibina itu.

a. soalan objektif (30 soalan)
b. 1 markah bagi 1 item
c. jumlah soalan bagi setiap topik dikira:
= (Jumlah masa /Jumlah Masa keseluruhan) x Jumlah soalan

Langkah III: Tentukan model aras kesukaran item.

Biasanya JPU menggunakan taksonomi objektif pendidikan Bloom.
Tiga domain: kognitif, afektif, dan psikomotor.

Domain Kognitif
6. Penilaian
5. Sintesis
4. Analisis
3. Penggunaan
2. Kefahaman
1. Pengetahuan

 Langkah IV: Apakah jenis ujian yang akan diuji?

  • Ujian objektif
  • Ujian struktur
  • Ujian esei, dan lain-lain.
 Langkah V:

  • Tentukan bilangan soalan bagi setiap komponen (objektif, struktur, esei dll)
  • Penentuan aras kesukaran soalan (soalan mudah – soalan sukar)
  • Pemarkahan
Langkah VI
  • Nyatakan mata pelajaran
  • Nyatakan tingkatan
  • Susunan nombor soalan mengikut tajuk

Sumber : Modul Bahasa Melayu BMM 3103

Wednesday, October 3, 2012

ISL MINGGU 2 : TAKSONOMI BLOOM DAN DOMAIN KARTHWOHL

Taksonomi Bloom.
Rajah 1 : Peringkat-peringkat taksonomi Bloom     









 





Rajah 1 merupakan peringkat-peringkat yang terdapat dalam taksonomi Bloom yang diperkenalkan oleh Benjamin Bloom pada tahun 1956. Domain kognitif taksonomi Bloom digunakan dalam elemen pentaksiran dan menentukan aras kesukaran seseuatu ujian yang ditadbir. Terdapat enam peringkat dalam taksonomi Bloom iaitu peringkat pengetahuan, peringkat kefahaman, peringkat aplikasi, peringkat analisis, peringkat sintesis dan peringkat penilaian.
 
Peringkat 1 : Pengetahuan.

  • Proses mengingat ditekankan. 
  • Soalan pada aras ini mengkehendaki pelajar mengingat kembali atau mengenal fakta , istilah, strategi menyelesaikan masalah.
  • Kosa kata yang sering digunakan dalam pembentukan soalan adalah seperti labelkan, senaraikan, nyatakan, manakah, apakah dan berikan. 

Peringkat 2 : Kefahaman.

  • Peringkat kefahaman menguji kebolehan pelajar untuk memahami apa yang telah dipelajari dan menjelaskan atau memberikan makna kepada sesuatu perkara.
  • Soalan pada aras ini, pelajar dikehendaki untuk menyatakan idea-idea utama dalam ayat sendiri, menterjemah dan memberi contoh kepada konsep.
  • Soalan pada peringkat ini banyak menggunakan perkataan seperti terangkan, jelaskan, huraikan, bandingkan dan tukarkan.

Peringkat 3 : Aplikasi.

  • Soalan peringkat  aplikasi memerlukan pelajar untuk menggunakan apa yang dipelajari kepada masalah atau situasi yang baharu.
  • Memerlukan kemahiran menghubungkait sesuatu situasi dengan situasi yang lain semasa menjawab soalan pada aras aplikasi.
  • Kosa kata yang sering digunakan untuk membina soalan pada aras aplikasi ialah selesaikan,  binakan, demonstrasikan, bagaimana dan berikan.

 Peringkat 4 : Analisis.

  • Soalan pada peringkat analisis memerlukan pelajar mengenalpasti pertalian antara idea, mencari persamaan atau perbezaan yang wujud.
  • Soalan pada aras ini menguji kebolehan pelajar untuk memecahkan sesuatu perkara kepada bahagian-bahagian dan mengenalpasti tentang hubungkait antara bahagian-bahagian berkenaan
  • Kata kerja yang digunakan untuk membina soalan pada aras analisis adalah seperti bandingkan, beri sebab, klasifikasikan, tunjukkan dan bahagikan.

Peringkat 5 : Sintesis.

  • Soalan pada peringkat sintesis menekankan pengumpulan unsur-unsur dan bahagian-bahagian tertentu supaya ia dapat menunjukkan satu poal atau struktur yang jelas dan nyata.
  • Soalan pada peringkat ini memerlukan pelajar mengumpul atau menyatukan maklumat, pengetahuan dan kebolehan daripada bahagian-bahagian yang dipelajari untuk membentuk sesuatu yang baru dan asli. 
  • Kosa kata yang popular digunakan dalam soalan ini adalah seperti kategorikan, susunkan, bentukkan, tuliskan semula dan rekabentukan.

Peringkat 6 : Penilaian.

  • Soalan pada aras ini memerlukan pelajar untk membuat pertimbangan termasuk memberi rasional atas alasan dalaman atau luaran, manafsir dan mengkritik.
  • Perkataan yang digunakan untuk membina soalan pada aras ini ialah bincangkan, nilaikan, beri pendapat, pertimbangkan dan justifikasikan.

Domain Karthwohl.

Domain Krathwohl termasuk di dalam domain afektif yang meliputi emosi, sikap, dan nilai murid. Pengasas bagi taksonomi ini adalah David R. Krathwohl.

 
 
Aras taksonomi Krathwohl.

1. Penerimaan
Berhubung dengan kemahuan pelajar untuk memberi perhatian. Tindakan pelajar mencerminkan satu kesedaran atau perhatian terhadap ransangan dan peristiwa atau persekitaran yang berhubung dengan domain afektif. Konteks pengajaran menekankan kepada kebolehan mendengar, menanyakan soalan, mengenal bahagian-bahagian ayat dan menjawab dengan lengkap.

2. Gerak balas
Membawa maksud membentuk sesuatu sistem nilai. Apabila lebih daripada satu nilai dinuranikan maka membolehkan beberapa nilai digunakan. Pelajar terpaksa membina beberapa hubungan dan keutamaan di antara nilai-nilainya.

3. Menilai
Pada peringkat ini perlakuan adalah didasarkan atas konsep dan prinsip yang telah dinuranikan sehingga menjadi kepercayaan. Perlakuan cenderung menjadi konsisten walaupun dalam keadaan yang berbeza jika kepercayaan itu boleh dipratikkan.

4. Organisasi
Membawa maksud membentuk sesuatu sistem nilai. Apabila lebih daripada satu nilai dinuranikan maka membolehkan beberapa nilai digunakan. Pelajar terpaksa membina beberapa hubungan dan keutamaan di antara nilai-nilainya.

5. Perwatakan
Bermaksud seseorang itu mematuhi sesuatu sistem nilai dan sanggup mengamalkannya sebagai satu cara hidup. Pada peringkat ini, seseorang itu akan memperlihatkan perwatakan berlandaskan kepada nilai tertentu, misalnya dapat membuat keputusan mengikut keadaan, tanpa berasaskan perasaan atau sogokan dan sistemnilai tersendiri iaitu mempunyai prinsip hidup sendiri.


Sumber rujukan :


Bhasah Abu Bakar (2003). Asas Pengukuran Bilik Darjah. Perak : Quantum Books.

Tuan Jah Yusof dan Faridah Nazir (2012). Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.